Penggunaan Google Classroom melalui ID DELIMa kini menjadi budaya dalam ekosistem pengajaran dan pembelajaran di UTM. Pensyarah mengintegrasikan platform ini sebagai ruang pengurusan PdP digital yang tersusun, manakala murid mendapat akses mudah kepada bahan, tugasan dan komunikasi pembelajaran secara berpusat. Gambar contoh menunjukkan bagaimana Google Classroom dimanfaatkan sebagai medium pembelajaran yang interaktif, membolehkan murid mengikuti arahan, menghantar tugasan dan berkolaborasi dengan lebih efektif. Amalan berterusan ini mencerminkan komitmen semua pensyarah UTM dalam menyokong penglibatan aktif murid serta memperkukuh penguasaan literasi digital mereka.
Dalam pembelajaran digital, pelajar didorong meneroka pelbagai platform termasuk Padlet bagi mempamerkan tugasan, nota dan idea secara kreatif serta mengikut keutamaan pembelajaran pelajar. Kepelbagaian platform ini membantu pelajar membina kompetensi teknologi yang lebih luas, di samping memupuk kemahiran refleksi dan ekspresi kendiri dalam bentuk digital. Dalam ekosistem ini, peranan pensyarah bukan sekadar memberi bimbingan teknikal, tetapi turut berfungsi sebagai designer of learning experience yang memilih, menggabung dan menstrukturkan platform-platform ini agar selaras dengan hasil pembelajaran, sekali gus memastikan setiap pelajar dapat memanfaatkan teknologi dengan lebih strategik dan berimpak.
Salah satu aktiviti pedagogi yang dilaksanakan melibatkan pembahagian pelajar kepada beberapa kumpulan, di mana setiap kumpulan diberikan topik tertentu untuk diterokai. Pelajar diberikan kebebasan menerapkan kemahiran literasi digital dengan membina nota menggunakan pelbagai fungsi dalam Canva, termasuk Canva AI, mengikut kreativiti dan gaya pembelajaran mereka sendiri. Dalam proses ini, pensyarah berperanan sebagai fasilitator pembelajaran, menyediakan bimbingan teknikal serta memantau proses penghasilan bahan.
Video contoh memaparkan sebuah kumpulan membentangkan subtopik Unit 6: Live Streaming dalam Pendidikan, lengkap dengan nota berformat Q&A yang diolah menggunakan Canva AI. Aktiviti ini menyokong amalan pembelajaran aktif, kolaboratif dan berpusatkan pelajar dalam konteks pendidikan digital.
Penghasilan lagu digital berdasarkan topik lima menggunakan perisian dalam talian AI lagu mengunakan Eleven Lab.
CONTOH PRODUK DIGITAL TUGASAN 4 EDUP3113
Produk digital yang dihasilkan dalam tugasan ini dibangunkan berasaskan keseluruhan kandungan kursus EDUP3113, merangkumi topik teknologi pendidikan, reka bentuk pengajaran, media dan sumber dalam talian, pembangunan objek pembelajaran digital, multimedia interaktif serta persekitaran pembelajaran dalam talian. Semua elemen yang dimasukkan adalah berteraskan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari sepanjang kursus.