Pembangunan Prototip Modul Aplikasi Kecerdasan Buatan (AIGP) ini dijalankan bersama pelajar PhD, Encik Mohd Ridzuan bin Mohd Taib dari Universiti Sains Malaysia. Dua orang pensyarah, Dr. Zabedah dan Ts. Dr. Mayawi, berperanan sebagai antara panel penilai bagi memastikan reka bentuk, pendekatan dan kandungan modul mencapai standard akademik yang sewajarnya.
Modul ini turut dilaksanakan sebagai kajian bersama pelajar IPGKTB Tahun 2 Semester 1 yang melibatkan lima kelas, dengan kelulusan Pengarah IPGKTB. Sebanyak 10 unit pembelajaran disediakan merangkumi konsep asas AI, aplikasi AI dalam pendidikan, etika penggunaan, serta pembinaan bahan pengajaran digital berasaskan teknologi AI.
Pada akhir pembelajaran, pelajar melaksanakan tugasan pembangunan RPH Digital menggunakan pelbagai aplikasi AI sebagai evidens kefahaman dan keupayaan mengaplikasikan teknologi secara kreatif dan beretika. Penilaian tugasan dijalankan oleh panel pensyarah UTM yang terdiri daripada Dr. Zabedah, Dr. Shuhaila, Ts. Dr. Mayawi, Ts. Dr. Maran dan Dr. Param. Usaha kolaboratif ini bertujuan menyokong peningkatan literasi dan kemahiran AI dalam kalangan bakal pendidik melalui pengalaman pembelajaran yang autentik dan berfokus masa depan.
Salinan Surat Lantikan Sebagai Panel Penilai
Pembentangan Tugasan Akhir Oleh Pelajar EDUP3113 Tahun 2 Semester 1 dan Dinilai oleh Pensyarah-Pensyarah UTM
Pertandingan Canva Antara SJKT Pulau Pinang yang berlangsung pada 3 Oktober 2025 di Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP) Pulau Pinang turut menjadi sebahagian daripada aktiviti rakan pembelajaran bagi topik dalam kursus EDU3113.
Sebahagian pelajar EDU3113 Tahun 2 Semester 1 bersama ahli Kelab DigiTech IPGKTB terlibat secara langsung sebagai sukarelawan teknikal dan penyelaras sepanjang program. Penglibatan ini memberi peluang kepada pelajar menerapkan pengetahuan dalam topik berkaitan kemahiran teknologi pendidikan, kreativiti digital, reka bentuk bahan pengajaran, serta pemahaman terhadap proses penilaian hasil kerja murid sekolah.
Selain itu, pengalaman berinteraksi dengan peserta sekolah rendah dan pegawai SSTP memberikan pendedahan dunia sebenar kepada pelajar tentang aplikasi teknologi dalam konteks pendidikan, seterusnya mengukuhkan pembelajaran berasaskan pengalaman seperti yang digariskan dalam hasil pembelajaran kursus.
Dalam masa sama, pensyarah Unit Teknologi dan Multimedia IPGKTB turut diundang sebagai panel hakim, manakala Ts. Dr. Maran berperanan sebagai PIC utama dan panel penyedia rubrik pemarkahan, menyokong kefahaman pelajar mengenai standard penilaian produk digital.
Aktiviti ini bukan sahaja mengukuhkan penguasaan topik EDU3113, malah memupuk keyakinan pelajar dalam mengaplikasikan kemahiran teknologi secara profesional dalam situasi dunia sebenar.